RSS

Ciri-ciri


Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bergelar Harimau Malaya adalah pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Nama pasukan sebelum merdeka, pasukan bola sepak Malaya disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF Asean, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010.[1]
Malaysia mempunyai banyak pemain ternama, semenjak pembentukan Persekutuan Malaya seperti pemain lagenda, Allahyarham Mokhtar Dahari yang mengetuai Malaysia ke zaman keemasan semasa 1970-an hingga ke awal 1980-an. Sebelum itu, Raja Bola Malaysia, Abdul Ghani Minhat adalah pemain adalah yang terbaik dan menjadi pemain terbaik seluruh Malaya pada 1950-an hingga awal 1960-an. Pada masa ini Ghani memegang rekod sepanjang zaman di Malaysia dengan jaringan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan games dan menjaringkan 11 gol untuk Malaysia di dalam kemenangan 15-1 terhadap Filipina. Kemenangan 15-1 adalah rekod kemenangan tertinggi bagi pasukan kebangsaan dan rekod itu masih belum dapat dipecahkan sehingga kini. Di dalam generasi terkini , Mohd Safee Mohd Sali dianggap oleh orang Malaysia sebagai penyerang terbaik. Di dalam Ranking Dunia FIFA, kedudukan tertinggi Malaysia adalah di dalam keluaran pertama perangkaan tersebut, pada bulan Ogos 1993, pada tangga ke-75. Lawan utama Malaysia di pentas antarabangsa adalah jirannya, Indonesia and Singapura, dan perlawanan-perlawanan sebelum ini di antara dua pasukan ini selalunya penuh dramatik. Mengikut sejarah, kelab yang paling berjaya di Malaysia adalah Selangor FA
Malaysia dan beberapa negara seperti Thailand adalah satu-satunya pasukan di pentas ASEAN yang tidak menggunakan pemain-pemain luar seperti Indonesia dan Singapura telah lakukan bagi pasukan kebangsaan mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan