RSS



Malaysia dan Thailand dipilih sebagai tuanrumah bersama AFF Piala Suzuki 2012 oleh Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) yang bakal berlangsung tahun hadapan. Malaysia akan membawa cabaran besar apabila pasukan Harimau Malaya perlu mempertahankan Juara apabila pasukan Malaysia tahun lalu yang diketuai oleh Datuk K. Rajagobal memenangi Piala AFF Suzuki 2010 di indonesia serta Vietnam.
Suzuki Motor Corporation telah memperbaharui penajaan nama AFF Piala Suzuki 2012 (AFF Suzuki Cup 2012). Ini adalah kali ketiga berturut-turut jenama pembuat kereta Jepun itu digunakan..
Undian rasmi akan diadakan pada Julai 11, 2012 dengan pusingan kelayakan yang membabitkan Myanmar, Brunei, Kemboja, Laos dan Timor Leste yang dijadualkan di Myanmar dari Oktober 5-13, 2012.
Dua pasukan teratas di pusingan kelayakan akan menyertai juara bertahan Malaysia dan pasukan pilihan Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand dan Vietnam pada kejohanan akhir lapan negara itu.
AFF Piala Suzuki 2012 akan diadakan pada November 24 hingga Disember 22, 2012, Malaysia dan Thailand akan menjadi tuanrumah bersama bagi perlawanan peringkat kumpulan. Separuh akhir dan perlawanan akhir akan bermain secara timbal balik.
Pusingan Akhir akan diadakan di Malaysia dan Thailand pada November 24 hingga Disember 22, 2012.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS